Ana SayfaMealler › Basmeih
B

Basmeih

Basmeih
Basmeih meali ile okumaya başla
Zariyat 1 / 60
1
Demi angin yang menerbang dan menaburkan (debu, biji-bijian benih, dan lain-lainnya), dengan penerbangan dan penaburan yang sesungguh-sungguhnya, -
Basmeih 51:1
2
Dan awan yang membawa dan mengangkut muatannya (ke tempat yang dikehendaki), -
Basmeih 51:2
3
Dan kapal-kapal yang belayar laju dengan kemudahan yang diberikan kepadanya, -
Basmeih 51:3
4
Dan malaikat-malaikat yang membahagi-bahagikan segala perkara yang mereka ditugaskan membahagikannya;
Basmeih 51:4
5
(Sumpah demi sumpah) bahawa sesungguhnya segala yang dijanjikan kepada kamu (mengenai hari akhirat) tetap benar;
Basmeih 51:5
6
Dan bahawa sesungguhnya balasan amal, tetap berlaku.
Basmeih 51:6
7
Demi langit yang mempunyai jalan-jalan yang berbagai bentuk keadaannya,
Basmeih 51:7
8
Sesungguhnya kamu berada dalam keadaan berlainan pendapat (mengenai ugama yang dibawa oleh Nabi Muhammad, s.a.w).
Basmeih 51:8
9
Dipalingkan daripada (perselisihan) itu orang-orang yang telah dipalingkan Allah (dengan sebab keikhlasannya mencari kebenaran).
Basmeih 51:9
10
Binasalah orang-orang yang sentiasa mengeluarkan pendapat dengan cara agak-agak sahaja,
Basmeih 51:10
11
(Iaitu) orang-orang yang tenggelam alam kejahilan, serta lalaikan (hari pembalasan).
Basmeih 51:11
12
Mereka bertanya (secara mengejek): "Bilakah datangnya hari pembalasan itu?"
Basmeih 51:12
13
(Jawabnya: hari itu ialah) hari mereka diseksa (dengan dibakar) atas api neraka, -
Basmeih 51:13
14
(Sambil dikatakan kepada mereka): "Rasalah azab seksa yang disediakan untuk kamu; inilah dia yang dahulu kamu minta disegerakan kedatangannya".
Basmeih 51:14
15
Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman Syurga, dengan matair-matair terpancar padanya.
Basmeih 51:15
16
(Keadaan mereka di sana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan.
Basmeih 51:16
17
Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja: masa dari waktu malam, untuk mereka tidur.
Basmeih 51:17
18
Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun).
Basmeih 51:18
19
Dan pada harta-harta mereka, (ada pula bahagian yang mereka tentukan menjadi) hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri (daripada meminta).
Basmeih 51:19
20
Dan pada bumi ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan dan kekuasaan Allah) bagi orang-orang (yang mahu mencapai pengetahuan) yang yakin,
Basmeih 51:20
21
Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)?
Basmeih 51:21
22
Dan di langit pula terdapat (sebab-sebab) rezeki kamu, dan juga terdapat apa yang telah (ditakdirkan dan) dijanjikan kepada kamu.
Basmeih 51:22
23
Maka demi Tuhan langit dan bumi, sesungguhnya (apa yang tersebut) itu tetap benar, (tidak patut diragu-ragukan) sebagaimana (tidak sepatutnya diragukan) benarnya kamu dapat berkata-kata.
Basmeih 51:23
24
Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal tetamu Nabi Ibrahim yang dimuliakan?
Basmeih 51:24
25
Ketika mereka masuk mendapatkannya lalu memberi salam dengan berkata: "Salam sejahtera kepadamu!" Ia menjawab: Salam sejahtera kepada kamu! "(Sambil berkata dalam hati): mereka ini orang-orang yang tidak dikenal.
Basmeih 51:25
26
Kemudian ia masuk mendapatkan Ahli rumahnya serta dibawanya keluar seekor anak lembu gemuk (yang dipanggang).
Basmeih 51:26
27
Lalu dihidangkannya kepada mereka sambil berkata: "Silalah makan".
Basmeih 51:27
28
(Setelah dilihatnya mereka mereka tidak menjamah makanan itu), maka ia merasa takut dari keadaan mereka. (Melihat kecemasannya), mereka berkata: "Janganlah engkau takut (wahai Ibrahim)". Lalu mereka memberikan berita gembira kepadanya, bahawa ia akan beroleh seorang anak yang berpengetahuan.
Basmeih 51:28
29
(Mendengarkan berita yang mengembirakan itu), maka datanglah isterinya sambil menjerit (kehairanan) lalu menepuk mukanya sambil berkata: "Aku sudah tua, lagi mandul, (bagaimana aku boleh mendapat anak)?"
Basmeih 51:29
30
Mereka berkata: "Demikianlah Tuhanmu berfirman, (kami hanya menyampaikan sahaja); Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mengetahui".
Basmeih 51:30