Ana SayfaMealler › Basmeih
B

Basmeih

Basmeih
Basmeih meali ile okumaya başla
Müminun 1 / 118
1
Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,
Basmeih 23:1
2
Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;
Basmeih 23:2
3
Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;
Basmeih 23:3
4
Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu);
Basmeih 23:4
5
Dan mereka yang menjaga kehormatannya, -
Basmeih 23:5
6
Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela: -
Basmeih 23:6
7
Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;
Basmeih 23:7
8
Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;
Basmeih 23:8
9
Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya;
Basmeih 23:9
10
Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi -
Basmeih 23:10
11
Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.
Basmeih 23:11
12
Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah;
Basmeih 23:12
13
Kemudian Kami jadikan "pati" itu (setitis) air benih pada penetapan yang kukuh;
Basmeih 23:13
14
Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta.
Basmeih 23:14
15
Kemudian, sesungguhnya kamu sesudah itu akan mati.
Basmeih 23:15
16
Kemudian sesungguhnya kamu akan dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat.
Basmeih 23:16
17
Dan demi sesungguhnya, Kami telah menciptakan tujuh jalan di atas kamu, dan Kami pula tidak lalai daripada (menyediakan keperluan) makhluk-makhluk Kami.
Basmeih 23:17
18
Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya.
Basmeih 23:18
19
Kemudian, Kami tumbuhkan untuk kamu dengan air itu, kebun-kebun tamar (kurma) dan anggur. Kamu beroleh dalam kebun-kebun itu (berbagai jenis lagi) buah-buahan yang banyak, dan dari kebun-kebun itulah kamu beroleh rezeki penghidupan kamu.
Basmeih 23:19
20
Dan (Kami juga menumbuhkan untuk kamu) pokok yang asal tumbuhnya di kawasan Gunung Tursina, yang mengeluarkan minyak dan lauk bagi orang-orang yang makan.
Basmeih 23:20
21
Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak itu kamu beroleh punca-punca yang menyedarkan (tentang kemurahan dan kebijaksanaan Allah penciptanya); Kami beri kamu minum dari susu yang ada dalam perutnya, dan kamu beroleh banyak faedah lagi padanya; dan daripadanya juga kamu beroleh rezeki penghidupan kamu.
Basmeih 23:21
22
Dan di atas binatang-binatang ternak itu, serta di atas kapal-kapal kamu diangkut.
Basmeih 23:22
23
Dan demi sesungguhnya, Kami telah mengutuskan Nabi Nuh kepada kaumnya lalu berkatalah ia: "Wahai kaumku, sembahlah kamu akan Allah (sebenarnya) tidak ada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Oleh itu, tidakkah kamu mahu bertaqwa kepadaNya?".
Basmeih 23:23
24
Maka ketua-ketua yang kafir dari kaumnya berkata (sesama sendiri)): "Orang ini hanyalah seorang manusia seperti kamu, ia bertujuan hendak melebihkan dirinya daripada kamu. Dan kalaulah Allah berkehendak (mengutuskan seorang Rasul) tentulah Ia menurunkan malaikat menjadi RasulNya. Kami tidak pernah mendengar seruan seperti ini dalam kalangan datuk nenek kami yang telah lalu.
Basmeih 23:24
25
Ia tidak lain hanyalah seorang lelaki yang mengidap penyakit gila. Oleh itu tunggulah akan perubahan keadaannya hingga ke suatu masa.
Basmeih 23:25
26
Nabi Nuh berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku tolonglah daku, kerana mereka mendustakan seruanku".
Basmeih 23:26
27
Lalu Kami wahyukan kepadanya: "Buatlah bahtera dengan pengawasan serta kawalan Kami, dan dengan panduan wahyu Kami (tentang cara membuatnya); kemudian apabila datang hukum Kami untuk membinasakan mereka, dan air memancut-mancut dari muka bumi (yang menandakan kedatangan taufan), maka masukkanlah ke dalam bahtera itu dua dari tiap-tiap jenis haiwan (jantan dan betina), dan bawalah ahlimu (dan pengikut-pengikutmu) kecuali orang yang telah ditetapkan hukuman azab atasnya di antara mereka (disebabkan kekufurannya); dan janganlah engkau merayu kepadaku untuk menolong kaum yang zalim itu, kerana sesungguhnya mereka akan ditenggelamkan dengan taufan sehingga mati lemas.
Basmeih 23:27
28
Kemudian apabila engkau dan orang-orang yang bersamamu telah berada di atas bahtera itu maka hendaklah engkau (bersyukur kepada Allah dengan) berkata: ` Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menyelamatkan kami daripada orang-orang yang zalim '.
Basmeih 23:28
29
Dan berdoalah dengan berkata: ` Wahai Tuhanku, turunkanlah daku di tempat turun yang berkat, dan Engkau adalah sebaik-baik Pemberi tempat '
Basmeih 23:29
30
Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (yang mendatangkan iktibar); dan sesungguhnya Kami tetap menguji (hamba-hamba Kami).
Basmeih 23:30