1
Katakanlah (wahai Muhammad): "Hai orang-orang kafir!
2
Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.
3
Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah.
4
Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.
5
Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat.
6
Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku.